Wednesday, December 29, 2010

HARI KANTIN / HARI BERTEMU PELANGGAN FPM 2011

Salam Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan,

Lanjutan daripada mesyuarat Kelab Kebajikan yang diadakan pada 13 Disember 2010 yang lalu dan emel daripada Puan Nor Diana Nordin berkaitan Aktiviti Kelab Untuk Bulan Januari 2011, AJK penyelaras Hari Kantin / Hari Bertemu Pelanggan dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk menyertai aktiviti tersebut. Seperti yang telah diberitahu, berikut adalah maklumat bagi aktiviti tersebut:

HARI KANTIN / HARI BERTEMU PELANGGAN
26 Januari 2011 (Rabu)
8.00 pagi - 5.00 petang

Tentatif Program:-
1. Senamrobik
2. Perjumpaan penasihat akademik- pelajar
3. Gerai jualan - TERBUKA KEPADA WARGA FPM SAHAJA.
TEMPAT : FOYER Pejabat Pentadbiran (sepanjang lorong kiosk Bank Islam)
KOS TAPAK SEWAAN : RM20.00

Bagi yang berminat untuk memohon tapak jualan, sila rujuk pada borang permohonan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Norzuraiza Rina Ahmad (HP: 019-3607876/ ext: 2147) atau Puan Mazlina Pati Khan (HP: 013-9534321 / ext: 2168)

Semoga dengan sokongan dan penglibatan Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan, akan dapat memeriahkan lagi aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.


Norzuraiza Rina Ahmad & Mazlina Pati Khan
Penyelaras Hari Kantin / Hari Bertemu Pelanggan

Monday, December 6, 2010

Doa akhir tahun 1431H dan doa awal tahun 1432H


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar pada akhir bulan Zulhijjah. Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Friday, November 26, 2010

Keputusan Sukaneka FPM 2010

Berikut ialah keputusan bagi acara sukaneka yang berlangsung semalam, 25 November 2010. Kepada yang kurang menyerlah, jangan berputus asa. Usaha lagi tahun depan..

Tempat Pertama : -Rumah BIRU
Tempat Kedua :- Rumah KUNING
Tempat Ketiga :- Rumah MERAH
Tempat Keempat:- Rumah HIJAU

Keputusan adalah muktamad. Pemenang untuk tag line terbaik akan diumumkan di jamuan makan malam nanti.

Semua rumah sukan sila bersedia dengan persembahan masing-masing di jamuan makan malam nanti. Tarikh (januari 2011) dan lokasi jamuan akan

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian menjayakan SUKANEKA @ FPM dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan sukaneka ini.

Tuesday, November 23, 2010

SUKANEKA @ FPM 25 Nov 2010 (Khamis)

Salam kepada semua,

Berikut adalah senarai nama mengikut rumah sukan bagi acara sukaneka yang akan diadakan pada 25 Nov 2010 akan datang. Nama ketua yang dilantik boleh diubah mengikut budi bicara ahli rumah masing-masing. Sila pakai T-Shirt/baju mengikut warna rumah masing-masing.

Bersama ini disertakan aturacara program utk hari tersebut.

Khamis -25 November 2010 (ruang letak kereta berhadapan fakulti)

7.45am - Pendaftaran peserta - (utk pendaftaran sukaneka dan menyertai sukan dalaman pada waktu petang)
8.00am - Senamrobik
8.40am - Minum pagi
9.15am - Acara sukaneka bermula (10 peserta utk setiap permainan) * tertakluk pada perubahan
1) Bola ping pong dalam sudu
2) Tepung gomak (gula-gula dalam tepung)
3) Boling buah kelapa
4) Isi air dalam botol
5) Sambutlah sayangku (belon air)
6) Sehati sejiwa (Terompah gergasi)
7) Rahsia
12.00 tghari - Makan tengahari / Rehat/ Solat
2.30 ptg - Sukan dalaman (di ruang legar fpm dan dalam pejabat FPM)* tertakluk pada perubahan
1) Congkak (individu)
2) Batu seremban (wakil rumah sukan)
3) Dam (individu)
4) Catur (individu)
5) Ping Pong (berkumpulan)
6) Bahasa isyarat (wakil rumah sukan)
5.00 ptg - Selesai

Kerjasama semua adalah amat diharapkan bagi menjayakan sukaneka ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Pn. Mazlina Pati Khan (2168), Pn. Liyana (2023) dan Pn. Nor Aini (2020).

Terima kasih
Diana - 2023/2127

Thursday, September 30, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam Syawal kepada semua

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis jamuan hari raya fakulti. Kami bagi pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan yang timbul sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada pihak yang telah memberikan sumbangan makanan untuk majlis ini.

Semoga komitmen yang diberikan dapat diteruskan untuk aktiviti-aktivit lain yang akan dianjurkan.

Sekian, terima kasih.

Biro Kebajikan & Sosial
Kelab Sukan & Rekreasi FPM



Tuesday, February 23, 2010

Makluman

Untuk makluman semua, Puan Hajah Sobariah Awang Mukhtar, Ketua Program IS223 telah dimasukkan ke Hospital Klang pada hari Ahad yang lalu, 21 Feb 2010 kerana masalah jantung. Beliau akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara pada hari Khamis ini.

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.