Tuesday, November 25, 2008

Lawatan ke Kuzie Catering

Pada petang 20 November 2008 iaitu pada hari Khamis, Puan Hajah Nor Aini Abu Hassan selaku Bendahari Kelab dan Cik Norhidayat Kamarudin, AJK Biro Penerangan telah membuat lawatan untuk meninjau tempat yang telah dicadangkan untuk aktiviti "Annual Dinner Kelab Kebajikan FPM 2008" sekaligus berbincang mengenai harga dan makanan yang di tawarkan. Tempat yang di maksudkan ialah Kuzie Catering di tingkat 4, wisma PKPS berhadapan Grand Bluewave hotel.
Kami tiba di lokasi pada pukul 3.30 petang, namun terpaksa menunggu kerana En. Wan yang sepatutnya berurusan dengan kami belum tiba. Masa menuggu itu kami gunakan untuk meninjau kawasan dewan dan hall yang ada di sekitar ruang tersebut. Kami di maklumkan oleh staf di sana bahawa dewan yang terdapat di sana @ Dewan Cattleya boleh memuatkan seramai 700 orang. Oleh yang demikian, kami merumuskan untuk makan malam bagi kelab FPM adalah tidak sesuai kerana bilangan ahli kelab hanya menjangkau 100 orang sahaja.
Lebih kurang pukul 4.00 petang, En. Wan telah tiba dan tanpa melengahkan masa, kami mula berbincang mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan. Hasil perbincangan dan sebutharga yang mereka tawarkan adalah seperti berikut:
  • Sewa tempat (bukan dewan Cattleya, tetapi, hall di sebelah dewan) - RM 2500.00
  • Harga makanan (buffet - 7 jenis lauk pauk termasuk nasi) - RM 30.00 /head
  • Sewa audio visual - RM 2000.00
  • Decoration - RM 500.00

Setelah selesai, kami memaklumkan maklumat yang diperolehi kepada pengerusi kelab dan AJK lain. Oleh kerana cas sewaan tempat yang di kenakan sangat tinggi dan tidak munasabah, semua AJK memutuskan untuk mencari alternative lain untuk diadakan 'Annual Dinner' di tempat lain.

Wednesday, October 15, 2008

Hari Keluarga FPM di Taman Pertanian Malaysia (Bukit Cherakah) 2008

Majlis Jamuan Hari raya Aidilfitri FPM 2008

Majlis jamuan hari raya dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr Noorman Masrek.





Penyampaian hadiah oleh Dekan fakulti Pengurusan Maklumat,Prof. Madya.Dr. Adnan Jamaludin Kepada pemenang pakaian hari raya terbaik bagi wanita yang dimenangi oleh Cik Wan Nor Haliza Wan Mokhtar.





Penyampaian hadiah oleh Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat,Prof. Madya. Dr Adnan Jamaludin kepada pemenang pakaian hari raya terbaik bagi lelaki yang dimenangi oleh En Abdul Rashid Abdul Rahman.





Tetamu-tetamu sedang menjamu juadah jamuan hari raya fakulti.

Senarai Aktiviti-Aktiviti Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Sesi 2008-2009

Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Sesi 2008-2009

Pengerusi
Puan Hajah Sobariah Awang Mukhtar
Timbalan Pengerusi
Encik Mad Khir Johari Abdullah Sani
Setiausaha
Puan Sharihah Haji Ali
Bendahari
Puan Hajah Nor Aini Abu Hassan
Timbalan Bendahari
Puan Mastura Abu Amar
Ketua Biro Penerangan
Encik Zulkefli Mohd Yusop
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan
1. Encik Mohd Fahdly Mohtar
2. Cik Norhidayat Kamarudin
Ketua Biro Kebajikan dan Sosial
Dr. Dang Merduwati Hj Hashim
Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Kebajikan dan Sosial
1. Dr. Siti Arpah Noordin
2. Encik Nor Zaidi Sahid
3. Puan Masitah Ahmad

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
Encik Kamarul Azwan Azman
Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Tugas-Tugas Khas
1. Encik Mohd Kamil Mohamed Nor
2. Puan Nor Hayati Hussin
3. Puan Halimah Tukiran
Ketua Biro Ekonomi
Puan Hajah Nor Aini Abu Hassan
Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Ekonomi
1. Cik Saripah Ibrahim
2. Puan Mastura Abu Amar

Kata-Kata Aluan Daripada Pengerusi Kelab

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
~Kepada Semua Warga FPM~
Dari Kelab Kebajikan Kakitangan FPM


Wednesday, September 24, 2008

Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Bil 3/2008

Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Bil 3/2008
9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat 4

Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan pengerusi. Perkara yang dibincangkan :-

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Wednesday, August 6, 2008

Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Bil 2/2008

Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan FPM Bil 2/2008
9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat 4

Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan pengerusi. Perkara yang dibincangkan :-
1.Yuran kelab
2.Cadangan aktiviti kelab
3.Sumbangan dari kelab
4.Laporan biro-biro/ AJK
5.Buletin kelab
6.Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.