Monday, May 18, 2009

CADANGAN MENGADAKAN TABUNG EHSAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT, UiTM

1. RASIONAL

Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai pihak dan keadaan untuk menghulur derma ikhlas kepada samada orang perseorangan atau organisasi. Dalam sesetengah keadaan, senario ini kadang kala mendatangkan sedikit kegelisahan kepada kita kerana kesuntukan masa dan kewangan. Oleh itu satu tabung perlu diwujudkan untuk memudahkan urusan derma kita semua disampaikan kepada pihak yang memerlukan dan semoga kita mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.


2. TUJUAN TABUNG

a. Memudahkan urusan derma ikhlas ahli kelab diserahkan kepada pihak yang memerlukan.
b. Memudahkan ahli tabung menabung melalui kelab untuk urusan derma ikhlas.
c. Mengelakkan masalah kepada ahli kelab yang ingin menderma tetapi kesuntukan masa dan wang semasa derma ikhlas amat diperlukan.
d. Mewujudkan satu dana derma ikhlas yang diuruskan oleh kelab bagi pihak ahli.


3. CADANGAN OPERASI TABUNG EHSAN

a. Satu tabung khas akan diwujudkan dan diuruskan oleh kelab melalui Bendahari Kelab. Wang kutipan akan disimpan berasingan daripada hasil kutipan kelab yang lain.
b. Ahli kelab boleh menyumbang kepada tabung ehsan dengan jumlah difikirkan sesuai oleh mereka. Kekerapan sumbangan tidak dihadkan. Ahli boleh menyumbangkan sekerap mana yang mereka fikirkan sesuai.
c. Setiap kali sumbangan derma ikhlas dikeluarkan kepada pihak yang memerlukan, pengumuman akan dibuat melalui Blog dan Facebook kelab. Ini memudahkan ahli mengetahui kemana wang sumbangan mereka disumbangkan.


4. PENUTUP

Semoga semua ahli kelab dapat memberi sumbangan terhadap tabung ehsan ini. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat di dunia dan akhirat untuk usaha kita ini.


Semoga semua ahli dapat membaca kertas cadangan ini dan memberi respon atau komen yang sewajar kepada AJK sebelum cadangan ini diteruskan.

Terima Kasih
AJK Kelab

No comments: