Tuesday, December 29, 2009

Majlis High-Tea - anjuran Kelab Kebajikan K/Tgn FPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM akan mengadakan satu majlis High-Tea bagi meraikan Prof Madya Dr Sohami Zakaria yang akan berkhidmat di UiTM Johor sebagai Pemangku Pengarah Kampus dan Encik Azmi Abd Rahman yang akan berpindah ke UiTM Kelantan berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, FPM

Sehubungan dengan itu, semua ahli kelab adalah dijemput untuk bersama-sama di majlis berkenaan.

Sekian dimaklumkan.

Tuesday, December 22, 2009

Kalendar Aktiviti Kelab Tahun 2010

Sebahagian cadangan jadual program/aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf FPM bagi tahun 2010.


Perancangan program/aktiviti yang disenaraikan adalah cadangan AJK Kelab. Cadangan dan pendapat ahli kelab yang lain sangat di alu-alukan bagi memeriahkan lagi aktiviti Kelan Sukan dan Kebajikan Kakitangan FPM ini pada 2010. Sebarang cadangan atau maklumbalas bolehlah di maklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kelab untuk tindakan selanjutnya.Sekian, terima kasih.

Monday, December 14, 2009

Ceramah Anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan FPM

Assalamualaikum wbkth

Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM ingin mengadakan satu majlis ilmu berbentuk ceramah. Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Disember 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 - 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Seminar FPM
Penceramah : Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim,
Pengarah Kampus UiTM Johor
Tajuk : HIJRAH

Sesi ceramah tersebut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah. Oleh itu, Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama kita menghayati dan berkongsi ilmu dengan penceramah mengenai tajuk yang disediakan. Program sebegini adalah amat berguna dan janganlah kita lepaskan peluang tersebut.

Kelab amat berharap Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk hadir di majlis ilmu ini. Kerjasama Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan untuk menghadirkan diri amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.