Wednesday, December 29, 2010

HARI KANTIN / HARI BERTEMU PELANGGAN FPM 2011

Salam Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan,

Lanjutan daripada mesyuarat Kelab Kebajikan yang diadakan pada 13 Disember 2010 yang lalu dan emel daripada Puan Nor Diana Nordin berkaitan Aktiviti Kelab Untuk Bulan Januari 2011, AJK penyelaras Hari Kantin / Hari Bertemu Pelanggan dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk menyertai aktiviti tersebut. Seperti yang telah diberitahu, berikut adalah maklumat bagi aktiviti tersebut:

HARI KANTIN / HARI BERTEMU PELANGGAN
26 Januari 2011 (Rabu)
8.00 pagi - 5.00 petang

Tentatif Program:-
1. Senamrobik
2. Perjumpaan penasihat akademik- pelajar
3. Gerai jualan - TERBUKA KEPADA WARGA FPM SAHAJA.
TEMPAT : FOYER Pejabat Pentadbiran (sepanjang lorong kiosk Bank Islam)
KOS TAPAK SEWAAN : RM20.00

Bagi yang berminat untuk memohon tapak jualan, sila rujuk pada borang permohonan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Norzuraiza Rina Ahmad (HP: 019-3607876/ ext: 2147) atau Puan Mazlina Pati Khan (HP: 013-9534321 / ext: 2168)

Semoga dengan sokongan dan penglibatan Y.Bhg. Dato’/ Prof / Dr. / Tuan / Puan, akan dapat memeriahkan lagi aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.


Norzuraiza Rina Ahmad & Mazlina Pati Khan
Penyelaras Hari Kantin / Hari Bertemu Pelanggan

No comments: