Tuesday, February 23, 2010

Makluman

Untuk makluman semua, Puan Hajah Sobariah Awang Mukhtar, Ketua Program IS223 telah dimasukkan ke Hospital Klang pada hari Ahad yang lalu, 21 Feb 2010 kerana masalah jantung. Beliau akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara pada hari Khamis ini.

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 17, 2010

Karnival @ Puncak 2010


Dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Misi Akademik FPM, Persatuan Pelajar FPM (IMSA), MPP dan AIMS akan menganjurkan satu program Karnival @ Puncak di perkarangan Kampus UiTM Puncak Perdana. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pertandingan futsal, gerai jualan, pertandingan menghias kek, pameran akademik fakulti, persembahan pelajar, pertandingan melukis/mewarna dan kempen menderma darah.

Sehubungan itu, semua warga UiTM dan orang awam di jemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 27 Mac 2010 - 28 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Tempat letak kereta dan sekitar UiTM Puncak Perdana


Adalah diharapkan agar Y. Bhg Dato’/Y. Bhg Datin/Prof/Tuan/Puan dapat menghebahkan perkara ini bagi menarik orang ramai mengunjungi dan memeriahkan suasana di karnival itu nanti. Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.