Tuesday, November 23, 2010

SUKANEKA @ FPM 25 Nov 2010 (Khamis)

Salam kepada semua,

Berikut adalah senarai nama mengikut rumah sukan bagi acara sukaneka yang akan diadakan pada 25 Nov 2010 akan datang. Nama ketua yang dilantik boleh diubah mengikut budi bicara ahli rumah masing-masing. Sila pakai T-Shirt/baju mengikut warna rumah masing-masing.

Bersama ini disertakan aturacara program utk hari tersebut.

Khamis -25 November 2010 (ruang letak kereta berhadapan fakulti)

7.45am - Pendaftaran peserta - (utk pendaftaran sukaneka dan menyertai sukan dalaman pada waktu petang)
8.00am - Senamrobik
8.40am - Minum pagi
9.15am - Acara sukaneka bermula (10 peserta utk setiap permainan) * tertakluk pada perubahan
1) Bola ping pong dalam sudu
2) Tepung gomak (gula-gula dalam tepung)
3) Boling buah kelapa
4) Isi air dalam botol
5) Sambutlah sayangku (belon air)
6) Sehati sejiwa (Terompah gergasi)
7) Rahsia
12.00 tghari - Makan tengahari / Rehat/ Solat
2.30 ptg - Sukan dalaman (di ruang legar fpm dan dalam pejabat FPM)* tertakluk pada perubahan
1) Congkak (individu)
2) Batu seremban (wakil rumah sukan)
3) Dam (individu)
4) Catur (individu)
5) Ping Pong (berkumpulan)
6) Bahasa isyarat (wakil rumah sukan)
5.00 ptg - Selesai

Kerjasama semua adalah amat diharapkan bagi menjayakan sukaneka ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Pn. Mazlina Pati Khan (2168), Pn. Liyana (2023) dan Pn. Nor Aini (2020).

Terima kasih
Diana - 2023/2127

No comments: