Tuesday, November 25, 2008

Lawatan ke Kuzie Catering

Pada petang 20 November 2008 iaitu pada hari Khamis, Puan Hajah Nor Aini Abu Hassan selaku Bendahari Kelab dan Cik Norhidayat Kamarudin, AJK Biro Penerangan telah membuat lawatan untuk meninjau tempat yang telah dicadangkan untuk aktiviti "Annual Dinner Kelab Kebajikan FPM 2008" sekaligus berbincang mengenai harga dan makanan yang di tawarkan. Tempat yang di maksudkan ialah Kuzie Catering di tingkat 4, wisma PKPS berhadapan Grand Bluewave hotel.
Kami tiba di lokasi pada pukul 3.30 petang, namun terpaksa menunggu kerana En. Wan yang sepatutnya berurusan dengan kami belum tiba. Masa menuggu itu kami gunakan untuk meninjau kawasan dewan dan hall yang ada di sekitar ruang tersebut. Kami di maklumkan oleh staf di sana bahawa dewan yang terdapat di sana @ Dewan Cattleya boleh memuatkan seramai 700 orang. Oleh yang demikian, kami merumuskan untuk makan malam bagi kelab FPM adalah tidak sesuai kerana bilangan ahli kelab hanya menjangkau 100 orang sahaja.
Lebih kurang pukul 4.00 petang, En. Wan telah tiba dan tanpa melengahkan masa, kami mula berbincang mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan. Hasil perbincangan dan sebutharga yang mereka tawarkan adalah seperti berikut:
  • Sewa tempat (bukan dewan Cattleya, tetapi, hall di sebelah dewan) - RM 2500.00
  • Harga makanan (buffet - 7 jenis lauk pauk termasuk nasi) - RM 30.00 /head
  • Sewa audio visual - RM 2000.00
  • Decoration - RM 500.00

Setelah selesai, kami memaklumkan maklumat yang diperolehi kepada pengerusi kelab dan AJK lain. Oleh kerana cas sewaan tempat yang di kenakan sangat tinggi dan tidak munasabah, semua AJK memutuskan untuk mencari alternative lain untuk diadakan 'Annual Dinner' di tempat lain.