Tuesday, December 29, 2009

Majlis High-Tea - anjuran Kelab Kebajikan K/Tgn FPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM akan mengadakan satu majlis High-Tea bagi meraikan Prof Madya Dr Sohami Zakaria yang akan berkhidmat di UiTM Johor sebagai Pemangku Pengarah Kampus dan Encik Azmi Abd Rahman yang akan berpindah ke UiTM Kelantan berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, FPM

Sehubungan dengan itu, semua ahli kelab adalah dijemput untuk bersama-sama di majlis berkenaan.

Sekian dimaklumkan.

Tuesday, December 22, 2009

Kalendar Aktiviti Kelab Tahun 2010

Sebahagian cadangan jadual program/aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf FPM bagi tahun 2010.


Perancangan program/aktiviti yang disenaraikan adalah cadangan AJK Kelab. Cadangan dan pendapat ahli kelab yang lain sangat di alu-alukan bagi memeriahkan lagi aktiviti Kelan Sukan dan Kebajikan Kakitangan FPM ini pada 2010. Sebarang cadangan atau maklumbalas bolehlah di maklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kelab untuk tindakan selanjutnya.Sekian, terima kasih.

Monday, December 14, 2009

Ceramah Anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan FPM

Assalamualaikum wbkth

Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM ingin mengadakan satu majlis ilmu berbentuk ceramah. Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Disember 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 - 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Seminar FPM
Penceramah : Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim,
Pengarah Kampus UiTM Johor
Tajuk : HIJRAH

Sesi ceramah tersebut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah. Oleh itu, Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama kita menghayati dan berkongsi ilmu dengan penceramah mengenai tajuk yang disediakan. Program sebegini adalah amat berguna dan janganlah kita lepaskan peluang tersebut.

Kelab amat berharap Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk hadir di majlis ilmu ini. Kerjasama Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan untuk menghadirkan diri amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, September 9, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak


Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua warga Fakulti Pengurusan Maklumat.
Semoga Ramadan kali ini memberi keinsafan dan kesempatan untuk kita meningkatkan amal ibadat masing-masing.. Selamat beramal...


Saturday, July 4, 2009

Permulaan Aktiviti Kelab FPM

Sekarang telah masuk bulan Julai 2009. Sesuai dengan masa yang beredar, kelab juga perlu memulakan aktiviti sebagai memberi ruang kepada semua ahli untuk membuat sesuatu yang berkaitan dengan kelab dan fakulti.

So adalah menjadi harapan kelab agar ahli-ahli dapat tampil memberi sumbangan dalam bentuk idea, tenaga dan maybe kewangan untuk menjayakan aktiviti kelab.

Tuesday, June 9, 2009

Keputusan Kejohanan Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan FPM

Pesta Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan FPM bermula bulan April sehingga Mei 2009. Hadiah-hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan semasa Jamuan Makan Malam Kelab yang diadakan baru-baru ini.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut jenis sukan yang dipertandingkan:-

BADMINTON

Lelaki (individu)

  1. Johan : Abdul Rahman Ahmad
  2. Naib Johan : Mohd Fadzil Ahmad Talaha
  3. Ketiga : Abdul Razak Min
Wanita (individu)

  1. Johan : Azizah Mohd Nor
  2. Naib Johan : Hasnah Hashim
  3. Ketiga : Masitah Ahmad
Lelaki (Beregu)

  1. Johan : Alwi Mohd Yunus/Abdul Rahim Abdul Rahman
  2. Naib Johan : Tengku Ahmad Ramdan/Syahruddin Hanib
  3. Ketiga : Abdul Rahman Ahmad/Ahmad Zubir Kassim

BOWLING

Kumpulan
  1. Johan : Noraini Kamil/Dr Mohd Norman Masrek/Tengku Ahmad Ramdan
  2. Naib Johan : Azmi Ab Rahman/Mohd Syahmi/Abdul Rahman Ahmad
  3. Ketiga : Anisaa Ishak/Khairul Anuar/Mohd Izhar Abu Hasim
Lelaki (individu)

  1. Johan : Mad Khir Johari Abdullah Sani
  2. Naib Johan : Dr Noorman Masrek
  3. Ketiga : Mohd Syahmi
Wanita (individu)

  1. Johan : Anisaa Ishak
  2. Naib Johan : Hasnah Hashim
  3. Ketiga : Noraini Kamil

Jatuhan Pin Tertinggi

  1. lelaki : Mohd Khir Johari
  2. Wanita : Hasnah Hashim


CATUR

Lelaki (individu)

  1. Johan : Mad Khir Johari Abdullah Sani
  2. Naib Johan : Wan Adita Ezat Mohd Rosli
  3. Ketiga : Tengku Ahmad Ramdan
CONGKAK

Wanita (Individu)

  1. Johan : Wan Satirah Wan Mohd Seman
  2. Naib Johan : Harina Mohd Nasir
  3. Ketiga : Ramlah Deris
PING PONG

Lelaki (individu)

  1. Johan : Ahmad Zam Hariro Samsudin
  2. Naib Johan : Ahmad Nazri Mansor
  3. Ketiga :Abdul Rahman Ahmad
Lelaki (beregu)

  1. Johan : Abdul Rahman Ahmad/Ahmad Nazri Mansor
  2. Naib Johan : Azmi Ab Rahman/Irwan Kamaruddin Abdul Kadir
  3. Ketiga :Ahmad Zam Hariro Samsudin/Mohd Zaihan Hussin
KAROM

Lelaki (individu)

  1. Johan : Ahmad Zubir Kassim
  2. Naib Johan : Mohd Zaihan Hussin
  3. Ketiga : Mohd Izhar Abu Hassim

Lelaki (Beregu)

  1. Johan : Ahmad Zubir Kassim/Mohd Zaihan Hussin
  2. Naib Johan : Mohd Izhar Abu Hassim/Roslan Mat
  3. Ketiga : Istal Irsadi/Mohd Kamil Mohd Nur

SNUKER

Lelaki (individu)

  1. Johan : Azli Razak Hussin
  2. Naib Johan : Mohd Ezmeerul Mohd Subari
  3. Ketiga :Mohd Firdaus Kamarudin

SAHIBBA

Wanita (individu)

  1. Johan : Norshila Shaifuddin
  2. Naib Johan : Wan Satirah Wan Mohd Seman
  3. Ketiga : Nor Rashimahwati Tarmuchi
FUTSAL

Lelaki (Kumpulan)

  1. Johan : Safawi Ab Rahman/Roslan Mat/Tengku Ahmad Ramdan/Ahmad Faizal Sajangi/Mohd Kamil Mohd Nur/Mohd Firdaus
  2. Naib Johan : Ahmad Nazri Mansor/Mohd Ezmeerul M Subari/Hamizan Hamzah/Syamir/Johar Anuar
  3. Ketiga : Dr Wan Abd. Kadir Wan Dollah/Abd. Razak Min/Abdul Rahman Ahmad/Mohd Fadzil A. Talaha/Wan Ibrahim Wan Mohd/Hafizi Ab Razak

Saturday, June 6, 2009

Ucapan Selamat Pengantin Baru Untuk Encik Ahmad Soufiean Othman dan Pasangan

Kelab FPM ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Ahmad Soufiean dan pasangannya Cik Siti Sabariah Bt Mohammad yang akan melangsungkan pernikahan hari ini, 6hb Jun 2009 di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai pengantin. Semoga mereka dikurnia kebahagiaan dan murah rezeki sehingga ke akhir hayat.

Friday, May 29, 2009

Ucapan Selamat Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum.

Pihak Kelab ingin mengucapkan selamat mengerjakan Umrah kepada Encik Husain bin Hashim, Pengerusi Kelab pada hari Rabu (27hb Mei 2009). Semoga beliau berjaya mengerjakan ibadah Umrah dengan jayanya dan tanpa banyak halangan.

Kami mendoakan beliau dan rombongan agar selamat pergi dan selamat kembali. Akhir kata adalah menjadi harapan kami agar beliau mendoakan kesejahteraan kita semua dunu dan akhirat. Amin

Saturday, May 23, 2009

Suasana Majlis Makan Makan Malam Kelab

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan telah diadakan pada 22.05.09 di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam dengan temanya "We're Family". Suasana kekeluargaan memang jelas nampak di majlis tersebut dimana formaliti telah dikurangkan ke tahap minimum.

Ucapan daripada orang Penting Kelab, Yang Berbahagia Dekan FPM (atas) dan Yang Berusaha Pengerusi Kelab (Bawah)

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan pembukaan Oleh Encik Husain Hashim, Pengerusi Kelab dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Adnan Jamaludin, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat merangkap Penaung Kelab

Emcee Berbakat Besar Saudara Yamin dan Saudari Masitah

Majlis bermula pada 8.30 malam dimana para tetamu telah dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang telah tersedia.


Suasana tetamu sedang menjamu selera


Makanan yang disajikan memang enak-enak belaka. Suasana dewan yang nyawan dan kondusif membuka lagi selera para tetamu untuk menjamu selera






Para tetamu dihiburkan dengan bakat-bakat dari kalangan ahli kelab sendiri. Malam itu juga diserikan oleh Nyanyian daripada Ahli Kelab. Kejutan yang amat besar adalah apabila Prof. Madya Fuziah telah menyampaikan dua buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Uji Rashid. Malam itu tetamu dihiburkan dengan deklamasi sajak, pertunjukan fesyen oleh ahli sendiri




Diantara tenaga utama dalam program ini. Mereka-mereka adalah diantara tonggak utama di dalam menentukan Majlis Makan Malam ini berjalan lancar dan menjadi realiti.

Pihak Kelab Mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki, namun semangat dan ketekunan yang ditunjukkan oleh mereka adalah seharusnya dipuji.


Terima kasih kepada semua penaja yang sudi menyumbangkan hadiah untuk acara cabutan bertuah. Terima kepada semua yang telah sudi memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program ini. Semoga segala budi baik anda dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik balasan.

Friday, May 22, 2009

Mesyuarat AJK Majlis Makan Malam 2009


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azmi Ab Rahman dan di hadiri 9 ahli AJK yang terlibat.




Monday, May 18, 2009

CADANGAN MENGADAKAN TABUNG EHSAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT, UiTM

1. RASIONAL

Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai pihak dan keadaan untuk menghulur derma ikhlas kepada samada orang perseorangan atau organisasi. Dalam sesetengah keadaan, senario ini kadang kala mendatangkan sedikit kegelisahan kepada kita kerana kesuntukan masa dan kewangan. Oleh itu satu tabung perlu diwujudkan untuk memudahkan urusan derma kita semua disampaikan kepada pihak yang memerlukan dan semoga kita mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.


2. TUJUAN TABUNG

a. Memudahkan urusan derma ikhlas ahli kelab diserahkan kepada pihak yang memerlukan.
b. Memudahkan ahli tabung menabung melalui kelab untuk urusan derma ikhlas.
c. Mengelakkan masalah kepada ahli kelab yang ingin menderma tetapi kesuntukan masa dan wang semasa derma ikhlas amat diperlukan.
d. Mewujudkan satu dana derma ikhlas yang diuruskan oleh kelab bagi pihak ahli.


3. CADANGAN OPERASI TABUNG EHSAN

a. Satu tabung khas akan diwujudkan dan diuruskan oleh kelab melalui Bendahari Kelab. Wang kutipan akan disimpan berasingan daripada hasil kutipan kelab yang lain.
b. Ahli kelab boleh menyumbang kepada tabung ehsan dengan jumlah difikirkan sesuai oleh mereka. Kekerapan sumbangan tidak dihadkan. Ahli boleh menyumbangkan sekerap mana yang mereka fikirkan sesuai.
c. Setiap kali sumbangan derma ikhlas dikeluarkan kepada pihak yang memerlukan, pengumuman akan dibuat melalui Blog dan Facebook kelab. Ini memudahkan ahli mengetahui kemana wang sumbangan mereka disumbangkan.


4. PENUTUP

Semoga semua ahli kelab dapat memberi sumbangan terhadap tabung ehsan ini. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat di dunia dan akhirat untuk usaha kita ini.


Semoga semua ahli dapat membaca kertas cadangan ini dan memberi respon atau komen yang sewajar kepada AJK sebelum cadangan ini diteruskan.

Terima Kasih
AJK Kelab

Salam Perkenalan Daripada AJK Baru

Assalamualaikum

Terlebih dahulu kami jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM yang baru dilantik mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan ahli-ahli kepada kami untuk meneraju tampuk pemerintahan kelab kali ini.

Selain meneruskan segala urusan dan rancangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa yang lepas, kami akan berusaha untuk menambahbaik lagi urusan dan rancangan untuk kebaikan kepada kelab dan juga ahli-ahli. Dalam menjayakan rancangan dan mengurus kelab ini, kami amat memerlukan sokongan semua ahli. Semoga semua ahli dapat menyokong semua rancangan yang telah dibuat. Adalah menjadi harapan kami agar semua ahli dapat membayar yuran. Tanpa sokongan ahli, semua rancangan akan gagal.

Salah satu matlamat kelab adalah untuk menyatukan semua kakitangan Fakulti Pengurusan Maklumat tanpa mengira pangkat atau bahagian. Adalah penting untuk semua ahli kelab faham didalam kelab, setiap ahli perlu memberi komitmen terhadap kelab tanpa mengira siapakah mereka didalam Fakulti. Di dalam kelab, kita semua adalah sama rata dari segi hak sebagai ahli. Jika ini dihayati oleh semua ahli, maka mudah aktiviti kelab yang dirancang dijalankan. Tidak dapat dinafikan ahli adalah aset utama kelab. Tanpa sokongan mereka, kelab akan berkubur begitu sahaja.

Sebagai permulaan untuk memperkasakan kelab, jawatankuasa akan menggubalkan satu perlembagaan bertulis. Adalah menjadi harapan agar perlembagaan itu akan dapat disiapkan dan diterimapakai pada selewat-lewatnya akhir bulan Julai 2009. Satu tabung derma ikhlas yang dinamakan TABUNG EHSAN akan diwujudkan bagi menguruskan derma ikhlas bagi pihak ahli.

Akhir kata, sama-samalah kita menjayakan jamuan makan malam tahunan kelab yang akan diadakan pada 22hb Mei 2009 (Jumaat) ini.

Majlis Makan Malam 2009

Kelab Kebajikan Staf FPM akan menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan sepertimana berikut:

Tarikh : 22 Mei 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Holiday Inn, Glenmarie Shah Alam
Pakaian : "Smart & Casual"

Semua di jemput hadir..

Monday, May 11, 2009

Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan FPM 2009/2010

Pengerusi
ENCIK HUSAIN BIN HASHIM

Timbalan Pengerusi
ENCIK AZMI ABD RAHMAN

Setiausaha
PUAN SHARIHAH HAJI ALI

Bendahari
PUAN HAJAH NOR AINI ABU HASSAN

Jawatankuasa Khas
ENCIK ZULKEFLI MOHD YUSOP
ENCIK YAMIN KAMIS
PUAN NORDIANA MOHD NORDIN
PUAN HASLINDA HUSAINI
CIK SARIPAH IBRAHIM
PUAN NORHIDAYAT KAMARUDIN