Monday, December 14, 2009

Ceramah Anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan FPM

Assalamualaikum wbkth

Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Kakitangan FPM ingin mengadakan satu majlis ilmu berbentuk ceramah. Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Disember 2009 (Rabu)
Masa : 11.00 - 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Seminar FPM
Penceramah : Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim,
Pengarah Kampus UiTM Johor
Tajuk : HIJRAH

Sesi ceramah tersebut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah. Oleh itu, Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama kita menghayati dan berkongsi ilmu dengan penceramah mengenai tajuk yang disediakan. Program sebegini adalah amat berguna dan janganlah kita lepaskan peluang tersebut.

Kelab amat berharap Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk hadir di majlis ilmu ini. Kerjasama Y. Bhg. Dato' Prof/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan untuk menghadirkan diri amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

No comments: