Monday, May 18, 2009

Salam Perkenalan Daripada AJK Baru

Assalamualaikum

Terlebih dahulu kami jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM yang baru dilantik mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan ahli-ahli kepada kami untuk meneraju tampuk pemerintahan kelab kali ini.

Selain meneruskan segala urusan dan rancangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa yang lepas, kami akan berusaha untuk menambahbaik lagi urusan dan rancangan untuk kebaikan kepada kelab dan juga ahli-ahli. Dalam menjayakan rancangan dan mengurus kelab ini, kami amat memerlukan sokongan semua ahli. Semoga semua ahli dapat menyokong semua rancangan yang telah dibuat. Adalah menjadi harapan kami agar semua ahli dapat membayar yuran. Tanpa sokongan ahli, semua rancangan akan gagal.

Salah satu matlamat kelab adalah untuk menyatukan semua kakitangan Fakulti Pengurusan Maklumat tanpa mengira pangkat atau bahagian. Adalah penting untuk semua ahli kelab faham didalam kelab, setiap ahli perlu memberi komitmen terhadap kelab tanpa mengira siapakah mereka didalam Fakulti. Di dalam kelab, kita semua adalah sama rata dari segi hak sebagai ahli. Jika ini dihayati oleh semua ahli, maka mudah aktiviti kelab yang dirancang dijalankan. Tidak dapat dinafikan ahli adalah aset utama kelab. Tanpa sokongan mereka, kelab akan berkubur begitu sahaja.

Sebagai permulaan untuk memperkasakan kelab, jawatankuasa akan menggubalkan satu perlembagaan bertulis. Adalah menjadi harapan agar perlembagaan itu akan dapat disiapkan dan diterimapakai pada selewat-lewatnya akhir bulan Julai 2009. Satu tabung derma ikhlas yang dinamakan TABUNG EHSAN akan diwujudkan bagi menguruskan derma ikhlas bagi pihak ahli.

Akhir kata, sama-samalah kita menjayakan jamuan makan malam tahunan kelab yang akan diadakan pada 22hb Mei 2009 (Jumaat) ini.

No comments: