Saturday, May 23, 2009

Suasana Majlis Makan Makan Malam Kelab

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan telah diadakan pada 22.05.09 di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam dengan temanya "We're Family". Suasana kekeluargaan memang jelas nampak di majlis tersebut dimana formaliti telah dikurangkan ke tahap minimum.

Ucapan daripada orang Penting Kelab, Yang Berbahagia Dekan FPM (atas) dan Yang Berusaha Pengerusi Kelab (Bawah)

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan pembukaan Oleh Encik Husain Hashim, Pengerusi Kelab dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Adnan Jamaludin, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat merangkap Penaung Kelab

Emcee Berbakat Besar Saudara Yamin dan Saudari Masitah

Majlis bermula pada 8.30 malam dimana para tetamu telah dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang telah tersedia.


Suasana tetamu sedang menjamu selera


Makanan yang disajikan memang enak-enak belaka. Suasana dewan yang nyawan dan kondusif membuka lagi selera para tetamu untuk menjamu selera






Para tetamu dihiburkan dengan bakat-bakat dari kalangan ahli kelab sendiri. Malam itu juga diserikan oleh Nyanyian daripada Ahli Kelab. Kejutan yang amat besar adalah apabila Prof. Madya Fuziah telah menyampaikan dua buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Uji Rashid. Malam itu tetamu dihiburkan dengan deklamasi sajak, pertunjukan fesyen oleh ahli sendiri




Diantara tenaga utama dalam program ini. Mereka-mereka adalah diantara tonggak utama di dalam menentukan Majlis Makan Malam ini berjalan lancar dan menjadi realiti.

Pihak Kelab Mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki, namun semangat dan ketekunan yang ditunjukkan oleh mereka adalah seharusnya dipuji.


Terima kasih kepada semua penaja yang sudi menyumbangkan hadiah untuk acara cabutan bertuah. Terima kepada semua yang telah sudi memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program ini. Semoga segala budi baik anda dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik balasan.

No comments: